AL-QURAN

Saturday, April 9, 2011

KAEDAH ASAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN

Menurut Norasikin Fabil et.al (2005), anjakan paradigma yang membawa kepada perubahan corak hidup, konsep daya gaya penghidupan tidak mengubah keperluan manusia kepada al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan asas dalam kehidupan seseorang muslim terutama dalam pendidikan. Pembelajaran al-Quran dan tajwid dilaksanakan dalam institusi formal atau tidak formal dengan menggunakan pelbagai kaedah.

Pemilihan kaedah yang bersesuaian merupakan aspek yang penting dalam pengajaran al-Quran. Faktor-faktor seperti kemampuan pelajar, kesediaan guru, kelenturan dan susun atur sesuatu kaedah yang digunakan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan pengajaran bacaan al-Quran di samping jangka masa pengajian juga turut menjadi faktor pemilihan sesuatu kaedah terutamanya pada zaman teknologi yang kian pesat kini (Adel et.al 2006).

Menurut Maimun Aqsha dan Roslan (2005) lagi, keberkesanan kaedah mengajar dan jalinan hubungan yang mesra di antara guru dan pelajar dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi menjadi penting agar penyampaian pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih tersusun serta memudahkan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran

Pengajaran dan Pembelajaran tilawah al-Quran menurut Mohd Yusof (2000), Ghazali 1997) dan Ahmad (1997) dalam (Kamarul Azmi & Ab. Halim 2007) boleh diajar dengan :

a. Membaca ayat dan surah secara tartil

b. Mendengar bacaan rakaman

c. Membaca secara senyap

d. Membaca menurut nombor ayat

e. Membaca tidak menurut nombor ayat

f. Memerhati serta menyebut kalimah baru.

Selain itu, beberapa kaedah P & P berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran antaranya (Ab.Halim Tamuri 2004):

· Tilawah al-Quran ;

a. Kuliah atau penerangan

b. Tasmi’ dan Tashih

c. Bacaan beramai-ramai

d. Latih tubi

e. Perbincangan

f. Talaqqi dan Musyafahah

g. Halaqah dan tadarus

· Kefahaman al-Quran ;

a. Bersoal jawab

b. Membaca mafhum ayat

c. Kuliah atau penerangan

d. Perbincangan kumpulan

e. Membaca ayat kefahaman

f. Bercerita

g. Kajian perpustakaan

· Hafazan al-Quran ;

a. Latih tubi menghafaz

b. Memperdengarkan bacaan ayat

c. Talaqqi dan musyafahah

d. Murid menghafaz secara individu

e. Murid menghafaz dalam kumpulan

f. Murid membaca beramai-ramai

Pendekatan dan Cadangan Proses P & P Tilawah al-Quran (Kamarul Azmi & Ab. Halim 2007)

a. Menggunakan ICT

b. Pembelajaran Pengaturan Kendiri

c. Pembelajaran aktif

d. Pembelajaran berasaskan masjid

e. Pembudayaan penyelidikan

Tidak dapat dinafikan bahawa pemilihan kaedah yang bersesuaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bacaan al-Quran. Faktor-faktor seperti kemampuan pelajar, persediaan guru, kelenturan dan susun atur sesuatu kaedah yang digunakan memainkan peranan dalam menentukan kejayaan pengajaran bacaan al-Quran. Jangka masa pengajian yang disasarkan juga turut menjadi faktor pemilihan sesuatu kaedah dan adakalanya terdapat juga usaha pengubahsuaian dan penerapan terhadap sistem pengajian yang akhirnya melahirkan beberapa kaedah baru (Adel et.al 2006).

Menurut Mohd Faisal Mohamed et.al (2008) untuk mendapatkan hasil yang baik dalam semua perkara yang dilakukan, haruslah melalui langkah-langkah, teknik dan tatacara yang sesuai. Begitu juga dalam pengajaran dan pembelajaran, ia memerlukan kaedah dan teknik yang sesuai untuk mendapatkan kesan yang lebih mantap. Oleh sebab itu juga, seseorang yang ingin menguasai kemahiran membaca al-Quran perlu mempelajari dan menjalani latihan-latihan bacaan mengikut cara yang betul.