AL-QURAN

Thursday, April 7, 2011

Kaedah Bacaan al-Quran

Sejak dahulu lagi, ulama telah menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran al-Quran sebagaimana yang mereka telah dipelajari semasa belajar di Timur Tengah atau melalui ulama-ulama dan pedagang-pedagang Arab yang berhijrah ke Tanah Melayu.

Antara kaedah pengajaran al-Quran yang termasyhur di negara kita sejak dahulu lagi ialah kaedah al-Baghdadi. Kaedah ini menggunakan pendekatan mengeja dan membunyikan ejaan.

Namun pun demikian, di zaman mutakhir ini pelbagai kaedah muncul dalam pengajaran al-Quran yang lebih menitikberatkan kecepatan dan kemahiran antaranya kaedah Iqra’.

Kaedah Iqra’merupakan satu kaedah pengajaran al-Quran yang telah disusun sebagai usaha untuk mengadaptasi kaedah lama (al-Baghdadi) agar mencapai tujuan belajar al-Quran dalam masa yang singkat dan cepat.

Walaupun strategi dan teknik yang digunakan berlainan, namun, kedua-duanya menjurus kepada satu matlamat yang sama iaitu untuk membolehkan umat Islam mampu membaca al-Quran dengan baik dan betul.